fbpx

Lelaki ada empat rekod jenayah maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang memiliki empat rekod jenayah lampau maut selepas kenderaan pacuan empat rodanya jenis Toyota Hilux terbabas di kilometer 2.8, Jalan Pantai, Port Dickson awal pagi tadi. -IHSAN POLIS

PORT DICKSON – Seorang lelaki yang memiliki empat rekod jenayah lampau maut selepas kenderaan pacuan empat rodanya jenis Toyota Hilux terbabas di kilometer 2.8, Jalan Pantai, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Port Dickson menuju ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, sebaik sampai di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa, hilang kawalan, terbalik, berpusing beberapa kali dan merempuh sebatang tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga patah.

“Kenderaan mangsa seterusnya melanggar pagar pejabat TNB Port Dickson. Mangsa tercampak keluar dan tersangkut pada wayar.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala penumpang hadapan hanya mengalami cedera ringan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Maslan lagi, hasil semakan mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu serta mempunyai tiga rekod berkaitan dadah dan satu rekod jenayah.

“Namun begitu, kenderaan yang dipandu mempunyai cukai jalan dan insurans yang masih aktif. Rakaman dashcam dari kenderaan terlibat telah diperoleh untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI