fbpx

Harga runcit RON97, diesel naik 3 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menaikkan harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 3 sen kepada masing-masing RM3.10 dan RM2.80 seliter bagi tempoh 22 hingga 28 Mei 2025.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter.

Kata kementerian itu, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala bagi diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga masih ditetapkan RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI