fbpx

Dua bekas pegawai badan berkanun direman disyaki guna dokumen palsu bayaran dividen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA bekas pegawai badan berkanun direman empat hari di Mahkamah Majistret Seremban hari ini. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Dua bekas pegawai badan berkanun direman empat hari selepas disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan pembayaran dividen berjumlah kira-kira RM180,000.

Perintah suspek terhadap dua suspek masing-masing seorang wanita dan seorang lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu telah dikeluarkan Majistret Nurul Azuain Mohd. Talhah bermula hari ini hingga 25 Mei depan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Seremban di sini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek telah ditahan secara berasingan kira-kira pukul 11 pagi dan 3 petang semalam di Perak dan Terengganu sebelum dibawa ke Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2023 yang melibatkan tuntutan bayaran dividen berjumlah kira-kira RM180,000.

“Kedua-dua suspek juga dipercayai menerima pembayaran dividen tersebut melalui akaun bank milik pasangan kedua-dua suspek yang merupakan penama tidak layak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI