fbpx

‘Pak cik-pak cik’ bergaduh di masjid berebut jadi imam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa lelaki berusia berebut untuk menjadi imam di Masjid Pos 3 Kota Bau-Bau kelmarin. - X

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan beberapa jemaah berebut untuk menjadi imam sehingga berlaku pertengkaran mulut di sebuah masjid di wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Masjid Pos 3 Kota Bau-Bau kelmarin. 

Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @Mdy_Asmara memaparkan seorang lelaki sedang melaungkan azan, manakala jemaah dilihat khusyuk membaca kitab suci  al-Quran. 

Beberapa lelaki berusia kemudian membentangkan sejadah masing-masing di ruang imam ketika azan masih dilaungkan. 

Perebutan itu mencetuskan pertengkaran mulut sehingga memaksa campur tangan seorang  anggota polis yang mahu menunaikan solat berjemaah di masjid berkenaan. 

Perebutan yang berlaku membabitkan antara imam yang dipilih oleh pemerintah serta imam daripada masyarakat biasa. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 78,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Sudah berumur, masih nak bergaduh,” kata seorang netizen.

“Azan sedang dilaungkan sudah bising! Tiada adab!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI