fbpx

Pakai kasut tumit tinggi tanpa permit akan disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemakaian kasut tumit memerlukan permit daripada Dewan Bandaraya. - Instagram

MONTEREY, CALIFORNIA – Sebuah pekan kecil di Monterey, negeri California melarang pemakaian kasut tumit tinggi melebihi 5 sentimeter tanpa permit yang sah, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Adalah menjadi kesalahan undang-undang untuk individu memakainya di khalayak ramai tanpa mendapatkan permit terlebih dahulu daripada pihak Dewan Bandaraya Carmel-by-the-Sea.

Permit itu dikeluarkan secara percuma, manakala ramai pelawat mendapatkannya sebagai cenderahati walaupun mereka tidak memakai kasut tumit tinggi. 

Sijil itu mempunyai ciri fizikal yang menarik, dan ia dikeluarkan atas nama individu yang membuat permintaan serta ditandatangani oleh kerani bandar yang bertugas.

Undang-undang tersebut telah diluluskan pada tahun 1963 atas permintaan Peguam Bandaraya. 

Ini kerana bandar-bandar di California menjadi lokasi kepada banyak pokok cemara dan pain Monterey, yang kebanyakannya berkembang menjadi saiz besar.

Bagaimanapun, apabila pokok-pokok tumbuh, akarnya menolak kaki lima konkrit sekali gus mewujudkan bahaya sekiranya kaki tersandung.

Peguam Bandaraya menganggap risiko tersandung terlalu tinggi sehingga mencadangkan untuk melaksanakan permit bagi menghalang orang ramai daripada menyaman pihak berkuasa sekiranya berlaku kemalangan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI