fbpx
Muhd Khair Razman (tiga dari kanan) dijemput sebagai ahli panel dalam 7th ASEAN-China-UNDP Symposium on the Sustainable Development Goals (SDGs) yang berlangsung di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Muhd Khair Razman terpilih Ahli Panel 7th ASEAN-China-UNDP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia terus menunjukkan komitmen terhadap pembangunan luar bandar secara inklusif apabila Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar dijemput sebagai ahli panel dalam 7th ASEAN-China-UNDP Symposium on the Sustainable Development Goals (SDGs) yang berlangsung di Bali, Indonesia.

KKDW dalam kenyataan memaklumkan, simposium ini menghimpunkan wakil kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil dari negara-negara ASEAN, China, UNDP, Timor-Leste dan komuniti tempatan untuk membincangkan pendekatan inklusif dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Kata kenyataan itu, Muhd Khair Razman telah berkongsi pengalaman dan pendekatan Malaysia dalam memperkasa komuniti luar bandar khususnya golongan wanita.

“Melalui Dasar Pembangunan Luar Bandar yang menekankan keterangkuman, keseimbangan wilayah dan kemampanan yang juga seiring dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia serta Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita.

“Beliau turut menegaskan bahawa pemerkasaan wanita luar bandar adalah tanggungjawab bersama pelbagai pihak termasuk kerajaan, masyarakat, sektor swasta serta kerjasama serantau yang bersifat holistik, demi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam pembangunan,” kata kenyataan itu.

Penyertaan Malaysia dalam simposium ini menunjukkan komitmen negara terhadap pembangunan luar bandar yang inklusif dan mampan, seiring dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam membentuk hala tuju pembangunan rantau ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI