fbpx

KPKT teruskan penganjuran AKM, AKeMedia tahun ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming pada Majlis Pra Pelancaran AKM dan AKeMedia 2025 di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan penganjuran edisi ketiga Anugerah Kecemerlangan Menteri (AKM) dan Anugerah Kecemerlangan Media (AKeMedia) bagi Tahun 2025.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, penganjuran AKM 2025 dan AKeMedia 2025 bertujuan menyokong agenda dan aspirasi Malaysia Madani dengan menampilkan anugerah-anugerah lebih inklusif dan progresif.

Beliau berkata, bagi AKM 2025, sebanyak 10 kategori anugerah bakal direbut warga KPKT termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

“Menerusi AKM tahun ini, KPKT berhasrat mengiktiraf PBT yang berprestasi tinggi dan berdaya maju dalam melonjakkan kualiti perkhidmatan serta keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan masing-masing.

“Penyertaan AkKM 2025 terbuka kepada warga KPKT dan PBT dan syarat serta permohonan boleh dicapai dengan melayari laman web KPKT manakala, penyertaan pula dibuka sehingga 16 September 2025,” katanya pada Majlis Pra Pelancaran AKM 2025 dan AKeMedia 2025 di sini hari ini.

Katanya, penerima anugerah akan diberikan penghargaan dan ganjaran dalam bentuk hadiah wang tunai bernilai sehingga RM20,000, sijil penghargaan, trofi dan kursus jangka pendek di universiti ternama di luar negara seperti Harvard University dan Melbourne Business School bagi kategori terpilih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI