fbpx

Dua lelaki ugut sebar video panas rakan, kekasih ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Dua lelaki ditahan dipercayai melakukan pemerasan membabitkan ugutan penyebaran video bogel sepasang kekasih di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, mangsa menerima pesanan WhatsApp daripada suspek yang juga merupakan rakannya pada 11 April lalu.

Beliau berkata, suspek meminta sejumlah duit dan mengugut akan menyebarkan video bogel mangsa dan teman wanita jika tidak menerima jumlah yang diminta.

“Pengadu lalu membayar sebanyak RM2,800 secara ansuran kepada suspek.

“Suspek juga ada meminta lagi sejumlah wang tunai sebanyak RM1,000 kepada mangsa. Laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bertindak atas maklumat, Mohd. Azam berkata, dua lelaki berusia 18 tahun ditahan serta tiga buah telefon dirampas bagi membantu siasatan.

“Semakan rekod jenayah suspek pertama mendapati terdapat empat rekod jenayah lampau termasuk rekod dadah. Ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek positif dadah jenis delta-9 tetrahydrocannabinol (THC),” ujarnya.

Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga Khamis ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan melakukan pemerasan kepada orang sehingga mendatangkan ketakutan.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 292 kanun Keseksaan memiliki bahan lucah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI