fbpx

[VIDEO] Minum air kotak keluar kotoran, tahi hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan air berperisa laici yang mengandungi campuran kotoran hitam.

PETALING JAYA – Satu rakaman klip video tular memaparkan keadaan air kotak laici yang mengandungi kotoran di dalamnya mencetuskan kontroversi di media sosial.

Video yang dikongsikan oleh @Miztnydeenn di TikTok menunjukkan terdapat kotoran berwarna hitam di dalam air berperisa laici yang dituang ke dalam sebuah gelas.

“Gelinya aku tak sangka air laici ada benda (kotoran) dalam itu,” tulis pemilik akaun terus pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi yang pernah mengalami perkara sama selepas membeli air kotak jenama itu.

“Haritu saya ade beli minuman teh bunga, selepas minum, saya rasa macam mayonis, saya keluarkan tengok macam tahi hidung berwarna kuning,” kata @Darlingslay.

“Pernah kena air soya brand (jenama) ini, keluar cacing padahal belum expired (tamat tempoh),” komen @Mochikay.

Ramai pengguna berterima kasih kepada pemilik akaun kerana berkongsi perkara berkenaan supaya pembeli lain boleh berwaspada.

“Terima kasih kerana tunjukkan pada netizen, saya akan berhati- hati selepas ini, kesihatan tidak boleh dijiual beli. Air kotak bersepah boleh dibeli lagi,” ujar @Makcikayo.

“Korang (kamu) ingat ye kalau beli minuman kotak tolong jangan main sedut saja, pakai gelas,” balas @Humairah. – KOSMO! ONLINE

@miztnydeennGeli nya aku tak sangka air laici dia ada benda dlm tu wek😡

♬ original sound – miztnydeenn official – tnydeen

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI