fbpx

Tekanan antarabangsa punca Israel benarkan sedikit makanan masuk ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Palestin mengangkat jenazah mangsa di lokasi serangan Israel di sebuah telaga di kawasan al-Saftawi, utara Semenanjung Gaza semalam. – AFP

BANDAR GAZA – Israel akan membenarkan ‘jumlah asas’ makanan masuk ke Semenanjung Gaza, kata pejabat Benjamin Netanyahu semalam selepas Tel Aviv berdepan peningkatan tekanan untuk memansuhkan sekatan penuh ke atas wilayah Palestin sejak  lebih dua bulan lalu.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas tentera Israel melancarkan serangan darat lebih meluas dalam kempen ketenteraan baharu di Gaza.

Pejabat Netanyahu berkata, atas saranan tentera, ‘Israel akan membenarkan kemasukan jumlah asas makanan untuk penduduk bagi memastikan krisis kelaparan tidak berlaku di Gaza.’

Israel memberi alasan sekatan mereka sejak 2 Mac lalu bertujuan untuk memaksa kumpulan pejuang  Palestin menyerah kalah tetapi agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai ketiadaan makanan, air bersih, bahan api dan ubat.

Minggu lepas, Presiden Donald Trump mengakui bahawa ‘ramai orang kelaparan’ di Gaza  sambil menambah ‘kita akan menangani perkara itu.’

Senada dengan Trump, Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot menyeru Israel membenarkan ‘penyambungan semula bantuan pada kadar segera secara besar-besaran dan tanpa halangan.’

Kementerian Kesihatan Gaza berkata semalam bahawa sekurang-kurangnya 3,193 orang terbunuh sejak Israel menyambung semula serangan di Gaza pada 18 Mac  lalu, menjadikan jumlah keseluruhan korban rakyat Palestin meningkat kepada 53,339 orang. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI