fbpx

Pusat pemantauan komunikasi jamin capaian internet pada LIMA’25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAHMI (tiga dari kanan) semasa gimik perasmian Kempen Internet Selamat Wilayah Utara di SK Ulu Melaka, Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Kementerian Komunikasi membuka pusat pemantauan komunikasi bagi memastikan capaian internet yang baik sepanjang Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa 2025 (LIMA’25) yang akan bermula esok.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tiada sebarang isu berkenaan capaian internet, setakat ini.

“Saya telah meminta pasukan yang berada di tapak (lokasi) untuk pastikan pengalaman melayari internet adalah lebih daripada memuaskan.

“Syarikat-syarikat telekomunikasi juga telah membantu memasang booster (penggalak) atau peralatan bagi meningkatkan capaian internet di beberapa lokasi,” katanya kepada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Internet Selamat (KIS) Wilayah Utara di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, di sini hari ini.

Menurutnya, beliau akan turun ke tapak pameran bagi meninjau sendiri capaian internet di lokasi-lokasi LIMA’25 berlangsung seperti di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL) pada esok.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau memberitahu tema dan logo Hari Wartawan Nasional (Hawana) akan dilancarkan pada 3 Jun nanti.

“Hawana bukan hanya bersifat nasional, malah boleh menjadi pemangkin kepada hubungan dan jaringan lebih baik dan erat kepada organisasi media di rantau Asean,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI