fbpx

Pengawal keselamatan hospital didakwa caj parkir RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pengawal keselamatan yang didakwa mengenakan caj parkir berjumlah RM50 terhadap seorang warga emas di sebuah hospital kerajaan mengundang perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @allyszackry, anak kepada warga emas itu tampil bersemuka dengan pengawal keselamatan tersebut bagi mendapatkan kembali bayaran yang dikenakan terhadap ibunya.

Menurut pemilik akaun tersebut, ini merupakan kali kedua ibunya dikenakan caj yang sama oleh individu terbabit.

“Mak sudah kena semalam. Hari ini saya memang pergi cari sebab kali kedua dia minta lagi. Memang mudah buat duit, siap pulangkan balik duit sebab takut saya laporkan kepada pihak polis atas kesalahan pemerasan dan ugutan terhadap orang tua saya.

“Hati-hati, sasarannya warga emas dan orang luar. Alasannya, parkir itu adalah untuk staf dan dikenakan bayaran RM50, jika tidak, kenderaan akan dikenakan ‘clamp’ (dikepit). Mak saya dah terkena, berderau darah,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen, ramai yang kecam perbuatan pengawal keselamatan terbabit.

“Lapor polis biar ditangkap. Saya pun pernah kena sekali,” komen @Chandrubhai.

“Bagus tindakan akak, kalau tak buat macam tu mesti ramai yang akan kena,” kata @aminming442.

“Hospital kerajaan memang menyediakan parkir percuma. Sejak bila perlu bayar? Sekali minta, dapat RM50. Mudah-mudah saja ‘pau’ duit orang,” ujar @Le.BucketHub. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI