fbpx

Mat rempit buat kecoh, bertempiaran lari dikejar askar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota TNI yang berani mengejar kumpulan penunggang motosikal yang membawa parang. - Instagram

JAKARTA – Sekumpulan penunggang motosikal di Medan, wilayah Sumatera Utara bertempiaran lari ketika dikejar seorang anggota tentera selepas mereka membuat kecoh di tengah jalan sambil membawa senjata tajam, lapor laman berita Redaksiku semalam.

Kejadian berlaku Sabtu lalu sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan) di Jalan Helvetia, Sumarsono.

Menurut penduduk setempat, kumpulan ‘mat motor’ itu menunggang motosikal secara berbahaya, malah membawa parang.

Mereka mengacukan parang ke arah orang ramai yang lalu-lalang sambil mengeluarkan kata-kata ancaman.

Penduduk yang ketakutan membuat laporan sebelum seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang kebetulan berada di lokasi kejadian bertindak balas dengan pantas.

Berdasarkan sebuah video tular, askar tersebut mengejar kumpulan lelaki itu dalam jarak beberapa kilometer dari Simpang 4 Istiqomah ke Jalan Kapten Muslim.

Kumpulan penunggang motosikal itu dengan segera memecut laju sebelum tiga daripada mereka terbabas lalu terjatuh di atas jalan raya.

Orang ramai sempat membelasah mereka sebelum tiga lelaki tersebut ditahan pihak berkuasa.

Penduduk turut memuji tindakan berani anggota tentera tersebut kerana mengejar kumpulan bersenjata itu secara berseorangan.

Polis dan TNI berkata, pihaknya menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada kumpulan tersebut ada kaitan dengan kumpulan penjenayah.

Pihak berkuasa juga akan terus melakukan pengawasan ketat bagi mencegah insiden seumpamanya daripada berulang. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI