fbpx

M. Nasir, Nidji, Hael ‘hidupkan’ emosi Ejen Ali The Movie 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Nasir, Nidji dan Hael Husaini masing-masing menyumbang lagu buat filem animasi, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2).

PETALING JAYA – Bukan sekadar visual hebat dan aksi menggegarkan, filem animasi Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) turut menghidangkan penonton dengan ledakan emosi luar biasa menerusi tiga buah lagu runut bunyi yang menyatu indah dalam penceritaan.

Lebih istimewa, lagu-lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi bersama tiga nama besar iaitu Datuk M. Nasir, kumpulan Indonesia Nidji dan bintang pop tempatan Hael Husaini sekali gus memperkukuh elemen dramatik dalam filem arahan Usamah Zaid itu.

Setiap lagu bukan hanya dimainkan di latar, tetapi menghidupkan tema utama cerita.

Ketabahan, persahabatan, dan semangat juang menjadi nadi penting kepada perjalanan emosi Ejen Ali dalam misi terbarunya.

Lagu Hanya Kamu nyanyian Datuk M. Nasir mengetengahkan tema keyakinan diri dan perjuangan peribadi.

Dengan alunan muzik elektronik yang mencerminkan suasana futuristik, karya ciptaan Azri Yunus ini disuntik semangat lirik oleh LunaAyla dan Datuk M. Nasir sendiri.

Sementara itu, kumpulan Nidji dari Indonesia menyumbangkan lagu Teman Sejati, petikan daripada album Manifestasi Hati terbitan Petra Sihombing.

Lagu tersebut menggambarkan nilai persahabatan sejati yang menjadi tunjang kekuatan dalam menghadapi musuh dan cabaran getir.

Hael Husaini pula hadir dengan Penjuara, lagu penuh semangat yang membakar inspirasi menerusi lirik tulisan bersama Iqie Hugh.

Lagu tersebut mengangkat keberanian Ejen Ali dalam menentang musuh utamanya, Neonimus sekali gus menampilkan sisi peribadi yang tidak mudah mengalah.

Ketiga-tiga lagu itu bukan sekadar menambah nilai kepada filem, malah menjadikan EATM2 sebagai pengalaman sinematik yang menyeluruh, dari visual ke emosi, aksi ke jiwa.

Bakal diputarkan di platform radio seperti Hot FM dan Kool 101, lagu-lagu tersebut turut boleh didengari di semua platform digital bermula minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI