fbpx
Pesawat pejuang milik TUDM tampil dengan wajah baharu sempena LIMA ‘25.

LIMA’25 pamer kekuatan aset negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PAMERAN Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) bermula esok hingga Sabtu ini menjadi acara yang dinanti-nantikan ramai terutama peminat aset dan teknologi terkini pertahanan.

LIMA yang diperkenalkan pada 1991 memasuki edisi ke-17, tahun ini dengan tema Innovate Today, Thrive Tomorrow.

Pemain industri pertahanan, komersial dan industri berkaitan dari seluruh dunia akan berhimpun di satu pentas untuk menampilkan aset serta teknologi terkini masing-masing, selain teknologi pertahanan masa hadapan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula mempersembahkan keupayaan aset udara, laut dan darat serta demonstrasi taktikal berimpak tinggi.

Persembahan sempena opening gambit, aerobatik dan solo pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet antara yang menjadi tumpuan.

Mengikut maklumat rasmi LIMA’25, pasukan aerobatik Russian Knights dari Russia dengan pesawat Sukhoi SU-35 dan Jupiter dari Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) menerusi pesawat KT-1B akan turut menampilkan aksi mengujakan di ruang udara Langkawi.

Pada edisi lepas, penyertaan persembahan aerobatik melibatkan Russia (Russian Knights), Indonesia (Jupiter), August 1st (China), Black Eagles (Korea Selatan) dan Emiriyah Arab Bersatu (Al Fursan).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengarahkan agar LIMA’25 memberi penekanan kepada pemerkasaan syarikat tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, penekanan dan pemerkasaan itu perlu dilakukan agar syarikat tempatan khususnya PKS dapat menembusi pasaran antarabangsa melalui inovasi.

Katanya, LIMA’25 juga akan memangkin pertumbuhan ekonomi dengan menarik pelaburan langsung asing dan merancakkan pelancongan serta perdagangan luar negara.

Pensyarah Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Abdul Muein Abadi berkata, LIMA’25 berpotensi besar untuk melonjakkan industri pertahanan tempatan melalui pengenalan Dasar Industri Pertahanan Negara.

“Potensi kerjasama strategik antara syarikat pertahanan tempatan dengan gergasi antarabangsa dapat dilihat melalui penyertaan pelbagai pemain industri sektor maritim dan aeroangkasa. Perhatian pastinya tertumpu kepada syarikat-syarikat utama dari Turkiye, Korea Selatan, Russia dan juga kuasa Barat,” katanya.

Beliau yang juga Pakar Geopolitik dan Pertahanan berkata, secara khusus, LIMA25 akan menyumbang kepada dua fokus utama perkhidmatan ATM iaitu Program Transformasi 15to5 Tentera Laut Diraja Malaysia dan juga Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2025.

“Pelbagai pendedahan aset terbaharu serta penerokaan peluang kerjasama jangka panjang pastinya cukup kritikal dalam pemodenan ATM menuju visi angkatan masa hadapan yang berkredibiliti.

“Apatah lagi dengan gelora geopolitik kontemporari, penganjuran LIMA’25 memberi ruang sebagai antara platform diplomasi pertahanan serta pendedahan teknologi pertahanan terkini kesemua industri sama ada dalam aspek kecerdasan buatan dan sistem persenjataan autonomous,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN