fbpx

Laporan dakwa temui mayat Pamela adalah palsu – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussien

PETALING JAYA – Polis menafikan penemuan mayat wanita yang dikatakan Datin Seri Pamela Ling Yueh di sebuah rumah di sini, seperti dilaporkan oleh sebuah portal tempatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan tersebut yang tular di media sosial adalah palsu.

“Polis mengesahkan tiada apa-apa laporan polis diterima berkaitan penemuan mayat di sebuah rumah di Petaling Jaya seperti yang dinyatakan dalam laporan tular itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, penyebaran berita palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menyebarkan berita palsu yang boleh menganggu orang lain adalah satu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

“Polis Kontinjen Selangor mengingatkan masyarakat agar merujuk kepada sumber rasmi dalam mendapatkan maklumat.

“Kerjasama orang ramai dalan mengekang penyebaran berita tidak sahih amat dihargai bagi memastikan ketenteraman serta kelancaran proses siasatan,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal mendakwa mayat sebuah wanita ditemui di sebuah rumah di sini, adalah Pamela.

Pamela sebelum ini dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, 9 April lalu.

Ketika kejadian, beliau yang menggunakan perkhidmatan e-hailing dipercayai dipintas oleh tiga kenderaan sebelum dibawa pergi individu tidak dikenali.

Pada 13 Mei lalu, polis dilaporkan sedang menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kemungkinan Pamela melarikan diri ke luar negara dengan menggunakan dokumen individu lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI