fbpx

JAIS tunggu laporan lengkap air berbau di Tanah Perkuburan Islam Paya Jaras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahzihan ketika ditemui pemberita pada majlis itu. FOTO: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

SHAH ALAM- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menunggu laporan lengkap daripada beberapa agensi berkaitan isu pencemaran air dari kawasan sekitar yang mengalir melalui tapak pembinaan Tanah Perkuburan Islam di Paya Jaras, Sungai Buloh dekat sini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, sebarang aktiviti berkaitan di tapak perkuburan berkenaan dihentikan buat sementara waktu sehingga pihaknya menerima hasil siasatan daripada agensi tersebut.

“Kita sedang mengenal pasti punca berlakunya aliran air itu dan meneliti semua isu teknikal.

“Kita jangka terima laporan berhubung isu ini dalam tempoh sebulan lagi,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Perasmian dan Penyerahan Baucar Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2025 di Dewan Raja Muda Musa, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan aduan penduduk mengenai isu pencemaran air berbau mengalir melalui tanah perkuburan tersebut sehingga sehingga menganggu keselesaan mereka.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahzihan mengakui terdapat bau busuk di kawasan itu namun ia tidak serius.

“Ada kesan bawah permukaan tanah, menganggu sedikit sahaja. Namun setakat ini, tiada laporan berkaitan penduduk masuk ke hospital,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI