BACHOK – “Dia (isteri) pakai pakai telekung sebab pakaiannya terbakar.”
Demikian cerita suami pemilik spa dan salun kecantikan yang parah selepas disimbah cecair dipercayai asid dalam kejadian di Beris Kubur Besar di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, wanita berusia 27 tahun tersebut melecur di lengan dan belakang badan. Mangsa sudah selesai menjalani pembedahan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian semalam.
Suaminya yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, kecederaan yang dialaminya isterinya adalah serius dengan baju dan seluar yang dipakai wanita itu terbakar akibat terkena cecair asid tersebut.
Empat suspek termasuk wanita berpurdah datang ke premis isterinya dengan menyamar sebagai pelanggan dan membuat janji urut sebelum kejadian.
Kejadian serangan asid itu turut disaksikan anak mangsa yang berusia tujuh tahun.
“Isteri beritahu dia tidak mengenali suspek. Ini merupakan kali pertama wanita itu dan tiga yang lain datang ke spa milik isteri,” katanya..- KOSMO! ONLINE
habis