PUTRAJAYA – Tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh disemak secara dalam talian mulai esok.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, ia boleh disemak melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau melalui sekolah asal masing-masing.
Katanya, bagi murid yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dibuat mulai esok hingga 25 Mei ini.
“Keputusan rayuan boleh disemak melalui kaedah yang sama pada 3 Jun depan.
“Semua murid yang menerima tawaran ke Tingkatan Enam perlu melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran pada 10 Jun depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE