fbpx

Serangan besar-besaran ragut nyawa ratusan penduduk Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang budak lelaki mengutip roti pita di dalam khemah yang rosak ekoran serangan udara Israel di luar hospital Al-Aqsa di Deir el-Balah, tengah Semenanjung Gaza semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Israel melancarkan operasi lebih meluas di Gaza semalam, dengan penyelamat di wilayah Palestin itu melaporkan sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh oleh serangan terbaharu tersebut.

Tentera Israel berkata, operasi itu menandakan perluasan pertempuran di Semenanjung Gaza, dengan matlamat untuk mencapai semua objektif perang, termasuk pembebasan tebusan dan mengalahkan Hamas.

Agensi Pertahanan Awam Gaza berkata, sekurang-kurangnya 32 kematian direkodkan semalam, dengan lebih separuh daripadanya ialah wanita dan kanak-kanak.

Jurucakapnya, Mahmud Bassal memberitahu AFP bahawa beberapa orang masih tertimbus di bawah runtuhan selepas serangan itu.

Terdapat juga laporan kematian dan kecederaan di tempat lain tetapi penyelamat tidak dapat sampai ke kawasan itu kerana tembakan berterusan.

Saluran berita NBC News melaporkan, tentera Rejim Zionis telah melancarkan serangan baharu yang lebih besar di Gaza selepas gelombang serangan udara telah membunuh lebih 300 orang dalam tempoh 72 jam.

Ia menjadi salah satu minggu paling membawa maut dalam perang tersebut sejak gencatan senjata dilanggar pada Mac lalu.

Dalam satu kenyataan lewat kelmarin, tentera Israel berkata, ia telah melancarkan serangan meluas dan menggerakkan pasukan untuk merampas kawasan strategik di Semenanjung Gaza, sebagai sebahagian daripada permulaan Operasi Gideon’s Chariots. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI