GOPENG – Hasrat Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri yang ingin anak sulungnya mendapat pendidikan agama lebih mendalam di sekolah tahfiz akan cuba ditunaikan isterinya, Norazian Mohd. Joned sepenuhnya.
Katanya, arwah suaminya pernah memendam hasrat sebelum meninggal dunia supaya anak sulung mereka, Amirul Firdaus, 12, memasuki sekolah tahfiz.
“Memang hasrat arwah sebelum ini hendak menghantar yang sulung (Amirul Firdaus) ke tahfiz.
“Katanya, jika boleh, mahu salah seorang anak bersekolah tahfiz untuk bantu ibu dengan abah masuk syurga. Jadi, insya-Allah saya cuba usaha meneruskan niatnya itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Sungai Itek di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE