fbpx

Peniaga ayam gunting rugi RM19,050 diperdaya ‘modal RM300’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lebih 66 kali ganda, seorang peniaga ayam gunting berputih mata kerugian RM19,050.

Wanita berusia 38 tahun tersebut yang menyedari tertipu membuat laporan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 8.24 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, peniaga terbabit tertarik dengan skim pelaburan tersebut apabila melihat iklannya di laman Facebook pada pukul 9 malam, 15 April lalu.

Beliau berkata, wanita terbabit yang menetap di Kampung Dusun Melintang, Manir di sini kemudiannya menghubungi wakil skim pelaburan berkenaan.

“Dua wanita yang mendakwa kononnya wakil skim pelaburan tersebut mendakwa mangsa boleh memperolehi keuntungan RM20,060 dengan modal RM300 sahaja.

“Dua suspek tersebut mendakwa mangsa perlu membayar caj bagi mengeluarkan keuntungan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, begitupun, peniaga berkenaan akur membayar ‘caj’ terbabit menerusi enam transaksi di tiga akaun bank berasingan diberi dua suspek terbabit.

Beliau berkata, mangsa bukan sahaja menggunakan wang simpanan malah menggadai barang kemasnya dan membuat pinjaman bagi membayar ‘caj’ pelaburan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI