fbpx

Kem latihan Harimau Malaya ‘unik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya akan mula menjalani latihan pusat di Johor Bahru hari ini sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada 27 Mei. - MALAYSIA NT

KEPENTINGAN pasukan menjadi sebab utama kepada pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski yang terpaksa memperkenalkan cara baharu dalam kem latihan pusat kali ini apabila dipecahkan kepada tiga fasa.

Cklamovski tidak mahu mementingkan diri untuk mendapat kerja mudah kerana sedar pemain memerlukan masa rehat selepas mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) yang panjang.

“Ini adalah situasi yang cukup unik buat mana-mana skuad kebangsaan dan saya tidak fikir ada pasukan lalui perkara seperti ini. Pendekatan berfasa ini agak unik tetapi ia sesuatu yang baik untuk kami pastikan pemain pada tahap terbaik.

“Mereka sudah harungi musim yang agak panjang di mana sebelum ini saya tidak pernah dengar perkara seperti ini. Fasa pertama (bagi) mereka yang sudah ada rehat empat minggu, begitulah seterusnya di mana bagi saya rehat ini agak penting buat badan pemain,” katanya.

CKLAMOVSKI

Seramai 28 pemain akan melapor diri untuk fasa satu hari ini diikuti lapan lagi di fasa kedua pada 25 Mei sebelum bintang berpangkalan di luar negara, Dion Cools dan Hector Hevel melengkapkan fasa terakhir, 1 Jun nanti.

Kelainan dalam kem latihan pusat kali ini menyaksikan Cklamovski sedia memberi peluang kepada mana-mana pemain apabila turut memanggil lapan nama bawah 23 tahun dalam senarai akhir.

Hari ini, Harimau Malaya akan melaporkan diri di Johor Bahru sebelum latihan diteruskan di Kuala Lumpur pada 27 Mei hingga ke hari perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 Jun nanti.

Sebelum itu, skuad negara dijadual berdepan pasukan ranking ke-72 dunia, Cape Verde bagi persahabatan antarabangsa di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 29 Mei diikuti aksi kedua secara tertutup di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 3 Jun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI