fbpx

‘Fuh, dia buat macam jalan itu dia yang punya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan seorang penunggang motosikal merempuh penunggang motosikal lain yang tidak bersalah.

PETALING JAYA – Seorang lelaki bukan sahaja menunggang motosikal dengan laju, malah melanggar lampu isyarat merah sehingga merempuh penunggang motosikal lain yang tidak bersalah.

Menerusi satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di Facebook, penunggang itu dilihat melanggar lampu isyarat merah dengan kelajuan tinggi serta secara melulu sebelum melanggar penunggang lain sehingga tersungkur di atas jalan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan penunggang terbabit yang menyusahkan orang lain.

“Kalau ikutkan hati, tak payah dibantu. Sendiri buat, sendiri tanggung akibat kebodohan sendiri, orang lain teraniaya,” kata Abdul Aziz.

“Fuh, dia buat macam jalan itu dia yang punya,” komen Shahidi Sidi.

“Yang tak bersalah pula jadi mangsa,” ujar Hamizun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI