fbpx

10 rakyat Malaysia lumba haram di Hatyai didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam kereta mewah milik rakyat Malaysia yang digunakan untuk berlumba haram di Hatyai Thailand, Jumaat lepas.

ALOR SETAR – Padah berlumba haram di Hatyai, sekumpulan 10 rakyat Malaysia didenda polis Thailand dalam kejadian pagi Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Pelancong Thailand (Wilayah Ketujuh), Leftenan Kolonel Sakarin Anusaman Sakul berkata, individu berusia 21 hingga 37 tahun itu ditahan setelah polis menerima aduan daripada penduduk tempatan mengenai kegiatan mereka yang mengganggu lalu lintas berhampiran Pasar Malam Greenway dan membuat bising.

“Daripada aduan awam tersebut, polis Kho Hong dengan bantuan pegawai pelancong serta trafik berjaya mengenal pasti pelaku terlibat melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

“Mereka dikesan di kawasan sekitar pada pukul 11 pagi. Ia membabitkan 10 individu yang menaiki enam kenderaan. Kesemuanya ditahan dan didenda sebelum dibebaskan kerana tidak mengikut undang-undang jalan raya Thailand,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, mereka terlibat menaiki enam kenderaan daripada jenis Honda dan Mercedes Benz yang kemudian disita oleh polis Thailand.

“Mereka berdepan dengan empat pertuduhan lain iaitu menghalang lalu lintas, memandu secara melulu, mengubah suai kenderaan tidak mengikut piawaian dan tidak mengikut spesifikasi kenderaan yang lengkap. Mereka yang terlibat diarah pulang ke Malaysia dengan segera selepas membayar denda itu,” katanya.

Katanya, polis turut mengambil keterangan dan pengakuan daripada pelaku terlibat yang berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut lagi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI