fbpx

Jemaah haji perlu isytihar bawa wang, barang berharga lebih RM69,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail jemaah haji tiba di Mekah. - Foto AFP

RIYADH – Jemaah haji yang membawa wang tunai atau barang berharga bernilai lebih 60,000 riyal (RM69,000) perlu mengisytiharkannya apabila masuk dan keluar dari Arab Saudi, lapor portal berita Gulf News kelmarin.

Arahan yang diumumkan oleh Kementerian Haji dan Umrah itu sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Arab Saudi untuk menguatkuasakan peraturan kastam.

Kementerian sama menegaskan bahawa peraturan itu terpakai bukan sahaja untuk mata wang tunai tetapi juga  logam berharga seperti batu permata dan jongkong emas.

Menurutnya,  pengisytiharan kastam yang betul adalah melindungi hak jemaah haji selain menunjukkan pematuhan terhadap sistem kewangan dan undang-undang Arab Saudi. 

Kegagalan untuk mematuhi peraturan itu akan menyebabkan kelewatan masuk dan keluar dari negara tersebut, denda atau berdepan tindakan undang-undang.

“Panduan ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran berterusan kami untuk membantu jemaah haji merdapatkan perjalanan haji yang selamat, lancar dan sah,” kata Kementerian tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI