fbpx

Jangan bandingkan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CKLAMOVSKI

PELUANG menentang pasukan memiliki pemain yang bermain di pentas Eropah seperti Cape Verde wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh Harimau Malaya sebelum menghadapi Vietnam pada aksi kelayakan Piala Asia 2027, bulan depan.

Walaupun mungkin wujud perbezaan corak permainan antara negara Afrika dan Asia Tenggara, namun pengendali negara, Peter Cklamovski enggan menjadikan ia sebagai topik perdebatan utama kerana lebih penting adalah memastikan Harimau Malaya benar-benar bersedia.

“Cape Verde adalah pasukan kuat di Afrika, mereka memiliki kualiti dan ia bagus untuk persiapan kita. Kami kena ukur kekuatan diri menentang pasukan kuat dan beri gambaran apa perlu dibaiki.

“Ramai pemain mereka bermain di Eropah dan pastinya ini ujian yang bagus buat kami. Saya rasa ia akan jadi perlawanan yang menarik

“Tetapi lebih penting kami cuba untuk tambah baik permainan sediri di mana asas adalah perkara utama buat kami. Cape Verde akan jadikan kami dalam keadaan terbaik sebelum hadapi Vietnam nanti,” katanya.

Berdasarkan ranking dunia, Cape Verde nyata lebih baik dan Cklamovski percaya siapa yang akan dipertaruhkan bukan ukuran penting kerana percaya lawan berkenaan memiliki pemain berkualiti.

“Saya harap begitu (Cape Verde turunkan pemain terbaik) tetapi saya tidak boleh buat apa dengan (keputusan) mereka. Jika tidak berlaku sekalipun, mereka tetap ada beberapa bakat yang mahu butikan sesuatu menjadikan perlawanan menarik.

“Saya percaya Cape Verde akan melakukan sehabis baik dan untuk kita, pasukan kebangsaancuba untuk menghadirkan rasa bangga buat semua orang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI