fbpx

Trump kagum keindahan masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRUMP (kiri) yang diiringi Putera Khaled melawat Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi semalam. - Foto AFP

DUBAI – Presiden Donald Trump melawat sebuah masjid yang merupakan lawatan pertama beliau ke masjid semasa beliau menjadi pemimpin Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita NPR semalam.

Trump mengunjungi Masjid Besar Sheikh Zayed, di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semasa rangka lawatan diplomatik  ke negara-negara rantau Arab.

Trump menanggalkan kasut semasa lawatannya dan diiringi oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khalid bin Mohammed Al Nahyan.

“Bukankah ini cantik? Ia sangat cantik. Ini adalah budaya yang luar biasa,” kata Trump.

Masjid itu terkenal dengan kubah marmar putih dan lantai marmar Itali dan memiliki dekorasi  bunga. 

Ia merupakan lokasi  tumpuan pelancong, ahli politik dan pelawat selebriti ke Abu Dhabi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI