fbpx

Sorok 122kg heroin dalam kotak pembesar suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raizam menunjukkan pembesar suara yang diubah suai untuk diletakkan dadah pada sidang media di Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat JKDM Kampung Jijan hari ini - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menerusi empat kes berasingan melibatkan sitaan bahan terlarang berjumlah 145 kilogram (kg) bernilai RM13 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasa) Raizam Setapa @Mustapha berkata, dalam kes pertama pada 13 Mac lalu, sepasukan anggota bersama Anjing Pengesan (K9) Cawangan Narkotik memeriksa sebuah gudang syarikat logistik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Selangor.

“Hasil pemeriksaan ke atas tiga kotak, kita menjumpai lima bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk kristal disyaki methamphetamine seberat 5,105gram bernilai RM163,360.

“Dadah itu disorokkan bersama barangan yang diikrar ‘safety shoes boot’ dan dipercayai untuk dieksport ke luar negara,” katanya pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat JKDM Kampung Jijan di sini, hari ini.

Menurut beliau, dalam kes kedua, JKDM menyerbu dua kondominium di Kuala Lumpur pada 3 dan 7 April lalu membabitkan rampasan 5,000 gram MDMA bernilai RM835,000,6, 176gram ketamin dan 763gram ganja bernilai RM311,165.50.

“Kes ketiga pula melibatkan serbuan di sebuah syarikat penghantaran di Subang Jaya pada 10 April lalu. Hasil pemeriksaan terhadap kotak mengandungi alas kaki menjumpai methamphetamine seberat 5,106gram bernilai RM163, 392,” katanya.

Kata Raizam, kejayaan terbesar dicatatkan dalam kes keempat apabila pihaknya menyerbu gudang syarikat pemindahan di Batu Caves pada 10 April lalu dan menjumpai 344 ketulan mampat disyaki heroin seberat 122.85kg bernilai RM11.5 juta dalam empat kotak berisi pembesar suara yang diubah suai.

“Ini merupakan modus operandi baharu menggunakan perkhidmatan ‘mover’ untuk menghantar barangan dalam kontena ke Pelabuhan Klang. Siasatan percaya dadah itu untuk di eksport ke Australia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI