fbpx

Sekolah kerajaan Kelantan mula 8 pagi, bagi ruang murid solat subuh – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin

PETALING JAYA – Kerajaan negeri Kelantan yang melaksanakan waktu permulaan sekolah pada pukul 8 pagi bagi institusi pendidikan di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan (YIK) adalah bertujuan bagi memastikan pelajar sempat untuk solat subuh secara tenang tanpa kesuntukan masa.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, waktu yang ditetapkan pada pukul 7.30 pagi sebelum ini dilihat menyebabkan ramai pelajar tidak solat subuh kerana kesuntukkan masa.

“Kadang-kadang pelajar sekarang dia terlalu nak cepat sehingga subuh tak sembahyang, kalau sembahyang pun doa dan wirid tak ada. Sebab tu kerajaan negeri buat waktu sekolah bawah YIK bermula pukul 8 pagi.

“Jadi ini yang kita ada kuasa (pinda waktu), lepas masuk pukul 8 pagi, kita injak waktu balik sedikit lewat selepas solat zuhur berjemaah di sekolah, sembahyang benda wajib dan perlu lakukannya dengan sempurna,” jelas beliau dalam satu sesi kuliah di Kota Bharu, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, solat adalah ibadah pertama yang akan ditanya Allah S.W.T, jika sempurna solat seseorang itu, maka sempurnalah ibadah lain termasuk belajar.

“Jadi Alhamdulillah, selepas kita ambil berat mengenai hal solat ini, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri Kelantan adalah di antara yang terbaik.

” Ramai pelajar kita yang mendapat keputusan cemerlang, bahkan ada seorang pelajar Orang Asli yang dapat 8A. Ibu dia kata sebab dia tekankan bab agama dan solat tak tinggal,” ujarnya.

Terdahulu, kerajaan negeri Kelantan telah meminda waktu permulaan sekolah sesi pagi di seluruh sekolah naungan YIK bermula pada pukul 8 pagi pada 2018.

Pindaan tersebut ternyata mendapat pujian daripada ibu bapa kerana lebih fleksibel dan tidak terlalu mengejar masa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI