fbpx

Regu negara mudah benam Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN negara, Afifuddin Razali melepaskan libasan ke dalam kawasan pasukan Jepun dalam acara regu berpasukan Piala Asia Kuala Lumpur 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini. GAMBAR: SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw negara terus memperagakan prestasi meyakinkan untuk memburu tempat ke separuh akhir apabila mudah membenam Jepun 3-0 dalam aksi kedua Kumpulan B acara regu berpasukan Piala Asia Kuala Lumpur 2025 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Selepas menewaskan Brunei 3-0 pada aksi pembukaan pagi tadi, anak-anak buah Ahmad Jais Baharun tidak berdepan masalah menambah satu lagi kemenangan bersih untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas kumpulan.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia yang menurunkan regu pertama negara yang dibarisi Amirul Zazwan Amir (pengumpan), Syahir Rosdi (tekong) dan Azlan Alias (perejam) dilihat tidak berdepan masalah membenam regu Jepun 15-11, 15-7.

Momentum itu diteruskan regu kedua yang diketuai Haziq Hairul Nizam (tekong) bersama Farhan Adam (pengumpan) dan Noraizat Nordin (perejam) apabila turut melakar kemenangan straight set 15-8, 15-9.

Aksi cemerlang tersebut diteruskan regu ketiga negara yang dibarisi Zulkifli Razak (tekong), Aidil Aiman Azwawi (apit kiri) dan Afifuddin Razali (apit kanan) apabila melengkapkan kemenangan 3-0 menerusi keputusan 15-8, 15-8.

Kemenangan itu meletakkan Malaysia di kedudukan teratas Kumpulan B dan hanya memerlukan satu lagi kemenangan menentang Korea Selatan esok untuk muncul juara kumpulan dan meraih undian lebih baik ke pentas separuh akhir. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI