fbpx

Nahas FRU: ‘Kami bertindih, rakan-rakan longlai tidak bersuara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nizam menunjukkan gambar rakan-rakannya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kuarters Unit 5 FRU Sungai Senam, di Ipoh semalam.

IPOH – “Keadaan kami ketika itu bertindih, macam (seperti) orang buang barang berlonggok.”

Demikian cerita Koperal Nizam Tarmizi, 38, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terselamat dalam nahas melibatkan trak pasukan dan lori di Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam, Teluk Intan pada Selasa lalu.

Nizam berkata, dia dan rakan-rakan yang dalam keadaan santai di dalam trak FRU tersebut seolah-olah ‘tersentak’ selepas kenderaan itu dirempuh diikuti dengan bunyi dentuman kuat dan laungan ‘Allahuakbar’.

Menurut anggota keselamatan itu, dia tidak mengetahui kejadian sebenar dan berada dalam keadaan terbaring bertindih atas tubuh rakan-rakan sebaik tersedar.

“Saya pengsan dalam beberapa saat, apabila sedar saya lihat kami semua sudah bertindih dan terhimpit ke hadapan. Ketika itu tiada kedengaran suara kawan-kawan.

“Keadaan mereka longlai dengan mulut berdarah. Saya nampak rakan-rakan dari kenderaan lain datang untuk menyelamatkan kami. Dalam keadaan mamai, saya sempat minta tolong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuarters Unit 5 FRU Sungai Senam, di sini semalam.

Nizam berkata, dia tidak menyangka jenakanya meminta Allahyarham Koperal Pozli Jaudin merakam gambar kenangan bersama ‘Trup C’ menjadi gurauan terakhir mereka.

“Dalam trak ada dua anggota yang akan bertukar ‘trup’, salah seorangnya adalah arwah Pozli. Jadi, saya cakap kepada dia ambillah (rakam) gambar banyak-banyak sebab selepas ini dia tak boleh ikut kami lagi.

“Ini mungkin tugasan terakhirnya bersama ‘Trup C’. Tak sangka itu gurauan terakhir saya dengan arwah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI