fbpx

Lelaki bawa anjing ke kedai mamak diminta ke balai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik haiwan peliharaan yang membawa anjing jenis Poddle miliknya ke sebuah premis perniagaan makanan halal 24 jam di Segamat di minta tampil oleh pihak Polis Daerah Segamat.

SEGAMAT – Pemilik haiwan peliharaan yang membawa anjing jenis Poddle miliknya ke sebuah premis perniagaan makanan halal 24 jam, di sini, diminta tampil oleh pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan berkaitan kejadian tersebut yang berlaku pada 11 Mei 2025 kira-kira pukul 12 tengah hari di Restoran Natasha Nasi Kandar Penang, Segamat Baru, di sini.

“Pihak polis telah mengesan satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan kejadian satu individu membawa bersama seekor anjing peliharaan ketika minum di sebuah premis makanan halal 24 jam.

“Pekerja premis berkenaan telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bagi memberi keterangan dan menyatakan peralatan kerusi yang berkaitan telah dibuang selepas memaklumkan kepada majikan.

“Usaha mengesan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis bersama Majlis Perbandaran Segamat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1970,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Polis Daerah Segamat mengalu-alukan dan menghargai kerjasama daripada masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Segamat di talian Hotline 07-9324222.

Terdahulu, media melaporkan sebuah video berdurasi 24 saat tular di media sosial memaparkan seorang pemilik membawa anjing peliharaannya makan bersama di sebuah premis perniagaan makanan halal di Segamat Baru baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI