fbpx

Kereta putih rempuh penyokong bola sepak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta itu merempuh sekumpulan penyokong bola sepak berhampiran Stadium RCDE semalam. - The Sun UK

MADRID – Satu klip video tular memaparkan sebuah kereta merempuh kumpulan penyokong bola sepak menjelang perlawanan La Liga antara kelab Espanyol dan Barcelona, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku berhampiran Stadium RCDE di Cornella de Llobregat, Sepanyol semalam. 

Rakaman kejadian di media sosial menunjukkan sebuah kereta berwarna putih bergerak perlahan ketika kumpulan penyokong bola sepak melintas dengan ada antara mereka membaling tin minuman pada kenderaan itu. 

Secara tiba-tiba, kereta itu memecut dan melanggar orang ramai sebelum beredar. 

Kenderaan itu dilaporkan merempuh penyokong Espanyol yang sedang menunggu bas kira-kira satu setengah jam sebelum perlawanan bermula.

Beberapa penyokong cedera dan memerlukan rawatan segera. 

Polis Catalan berkata, pemandu tersebut merupakan seorang wanita yang gagal mengawal  keretanya kerana panik.

Polis mengesahkan insiden itu bukan disengajakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI