fbpx

Guru ajar ‘alif ba ta’, ‘ABC’ terima banyak ganjaran pahala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan ceramah yang diberikan oleh Ustaz Wan Helmi.

PETALING JAYA – Seorang penceramah bebas menjelaskan guru yang mengajar asas pembelajaran seperti ‘alif ba ta’ dan ‘ABC’ merupakan individu paling banyak menerima ganjaran pahala.

Ustaz Maulana Wan Helmi menekankan bahawa pahala paling besar bukan milik tenaga pengajar di peringkat tinggi, sebaliknya bermula daripada guru tadika yang mengajar dari bawah.

“Cikgu tadika yang mengajar kita dulu, dia paling banyak pahala, kita tidak akan sampai ke tahap ini (sekarang) tanpa mereka,” katanya.

Wan Helmi berkata, setiap kejayaan yang dicapai seseorang individu termasuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD), tetap memberi ganjaran pahala kepada guru awal yang mendidik mereka.

“Jangan lupa wahai anak murid, selepas ini orang akan panggil kamu dengan pelbagai gelaran dan nama, tapi jangan lupa kepada orang yang pertama ajar kamu.

“Kalau kamu tak kenal itu semua, hari ini kamu tak boleh baca kitab Sahih Bukhari,” ujarnya.

Perkongsian menyentuh hati itu meraih perhatian ramai yang turut menyambut baik mesej penuh makna tersebut.

“Walaupun cikgu itu garang tapi dia nak anak muridnya berjaya supaya anak murid itu ingat cikgunya,” kata @Nanienanie65.

“Pernah jadi cikgu tadika. Alhamdulillah, bangga sangat tengok anak didik dan asuhan saya jadi anak berjaya dunia akhirat,” kata @Fauziahalmi.

“Saya masih ingat cikgu tadika saya jumpa pun masih panggil cikgu,” kata @Fatinfeeqa. – KOSMO! ONLINE

@pencintatamansyurga Terima Kasih Guru – Maulana Wan Helmi #fyp #short #pencintatamansyurga #ceramah #kuliah #dakwah #selawat #majlisilmu #nasihat #peringatan #viralvideo #spreadkindness #agama #tasawuf #islam #syukur ♬ original sound – Pencinta Taman Syurga

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI