fbpx

Aaron-Wooi Yik buru final di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON dan Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Terbuka Thailand esok selepas menewaskan Junaidi-Roy King di suku akhir sebentar tadi.

PETALING JAYA – Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus mengorak langkah cemerlang di Terbuka Thailand 2025 apabila melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan rakan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King sebentar tadi.

Gandingan No. 5 dunia itu hanya memerlukan 28 minit untuk menutup aksi suku akhir dengan kemenangan 21-12, 21-13 – pertemuan pertama mereka di pentas antarabangsa.

Aaron mengakui kelebihan mengenali corak permainan lawan banyak membantu, namun tetap menyifatkan perlawanan itu bukan mudah meskipun keputusan tampak selesa.

“Kami dah biasa dengan cara permainan mereka, tapi atas gelanggang tetap ada cabaran. Nampak skor senang, tapi sebenarnya perlawanan agak sengit,” katanya selepas perlawanan.

Seterusnya, pasangan negara bakal berdepan wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Kittinupong Kedren yang mara ke separuh akhir selepas menundukkan gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Isfahani 21-18, 21-13.

Aaron-Wooi Yik pernah menewaskan pasangan Thailand itu dalam dua pertemuan terakhir dan dijangka kekal sebagai pilihan untuk mara ke final.

Bagaimanapun, Aaron mengingatkan suasana gelanggang dan sokongan tuan rumah pasti menjadi ujian tambahan.

“Sudah tentu kita kena yakin. Tapi tempat ini gelanggang mereka, suasana berangin, jadi kami kena lebih bersedia. Yang penting, keluarkan permainan terbaik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI