PETALING JAYA – Perbuatan seorang lelaki merakam sekumpulan wanita secara senyap di sebuah kedai makan mengundang padah selepas terbongkar baru-baru ini.
Menerusi hantaran @E.ndr4 di TikTok, insiden itu disedari apabila salah seorang rakan wanita itu menghampiri lelaki terbabit untuk bertanyakan perkara tersebut.
“Dia geleng kepala dan kata tak ada, tapi saya rasa tak sedap hati, jadi saya temankan sekali pergi tanya,” katanya.
Bagaimanapun, pemeriksaan pada telefon bimbit lelaki itu menemui video tersebut, selain terdapat video-video lain yang memaparkan wanita berpakaian seksi.
“Dia kata cuma satu video, tapi sebenarnya banyak sebab kami perhatikan dia sejak dari awal.
“Saya rampas telefon sebab risau dia padam atau hantar ke mana-mana,” katanya.
Jelasnya, mereka turut menggertak untuk membawa lelaki tersebut ke balai polis yang terletak bersebelahan kedai makan tersebut.
“Dia minta maaf berkali-kali dan cuba lari tinggalkan telefon, tapi nasib baik ada abang baju hijau tolong tahan dan heret ke balai,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan berani wanita tersebut dan mengecam perlakuan tidak senonoh lelaki terbabit.
“Lepas tu apa yang jadi? Kita yang tengok pun geram buat muka macam tu,” kata @Ssrhhamnii.
“Suka betul perempuan berani macam ni, harap semua perempuan berani kalau terjadi benda sama,” kata @Kishishikuraa. – KOSMO! ONLINE
@e.ndr4Girls pls be extra careful 😭 jijik geli semua ada.♬ original sound – Ikan bilis mama