fbpx

‘TikToker’ cantik ditembak semasa siaran langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis tiba di Blossom the Beauty Lounge untuk menjalankan siasatan. - Facebook

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang pesohor media sosial meninggal dunia selepas ditembak ketika melakukan penstriman langsung di platform TikTok, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di salun kecantikan Blossom the Beauty Lounge milik mangsa,  dekat bandar Zapopan, tengah Mexico kelmarin.

Ketika kejadian, Valeria Marquez, 23, dilaporkan membuat siaran langsung dan berbual dengan 105,000 pengikutnya. 

Seorang lelaki bersenjata kemudian masuk ke dalam salun tersebut dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa. 

Suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama konconya, demikian menurut portal berita NeedToKnow.

Media tempatan melaporkan, kedua-dua suspek menyamar sebagai penghantar barang. 

Penembak sempat memberitahu mangsa bahawa dia ingin memberikan ‘hadiah mahal’ sebelum melepaskan tembakan. 

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala polis Mexico giat melakukan siasatan dan memburu suspek. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI