fbpx

Pelatih PLKN 3.0 wajib lapor diri selewatnya esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelatih menunggu giliran bagi sesi pendaftaran pelatih (wanita) Program PLKN 3.0 Siri 2/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur baru-baru ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

PETALING JAYA – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memberi peringatan tegas kepada individu terpilih sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Sesi 2/2025 untuk melapor diri di kem yang ditetapkan pada atau sebelum pukul 12 tengah hari esok.

JLKN dalam satu kenyataan berkata, kehadiran pelatih adalah diwajibkan dan kegagalan berbuat demikian tanpa alasan munasabah atau bukti masalah kesihatan yang disahkan oleh pakar perubatan dianggap sebagai ingkar arahan.

Katanya, pelatih yang gagal mematuhi arahan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 18(1) Akta Latihan Khidmat Negara.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

“Sebarang usaha oleh pihak lain untuk menghasut atau memujuk mana-mana pelatih supaya tidak hadir tanpa kebenaran juga merupakan suatu kesalahan serius di bawah Seksyen 19(2).

“JLKN menyeru semua yang terlibat agar memberi kerjasama penuh demi kelancaran pelaksanaan program serta pembangunan jati diri generasi muda negara,” katanya.

JLKN turut mengingatkan bahawa mana-mana pihak yang cuba menghasut atau memujuk pelatih supaya tidak hadir tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 19(2) akta sama dan merupakan satu kesalahan serius.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian rasmi Unit Pelatih, Bahagian Pengurusan Latihan JLKN di talian 019-310 1090 (Mejar Muhammad Saufi Hasan), 019-333 2467 (Lt. Muhammad Farish Syahmi Zamri (TLDM) dan 014-234 5989 (Kapten Muhammad Hatta Mohd Khalid) atau melayari laman web rasmi di pautan https://jlkn.mod.gov.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI