fbpx

Nahas FRU: Anak bongsu Syed Isfan rindu, cari papa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR keluarga Syed Isfan (kanan) yang parah dalam nahas membabitkan kenderaan pasukan FRU dan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan kelmarin.

IPOH – Anak bongsu Koperal Syed Isfan Syed Mohamad, 32, yang parah dalam kemalangan membabitkan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan lori muatan batu di Teluk Intan kelmarin, mula merindukan bapanya.

Isteri Syed Isfan, Rasidah Suhada Zulkifli, 32, berkata, ketiadaan suaminya itu membuatkan anak perempuan mereka yang berusia dua tahun tercari-cari lelaki itu.

“Bila nampak kereta datang, dia akan sebut ‘papa, papa, papa.’ Dia masih kecil dan belum faham sepenuhnya, tapi apa yang boleh dilihat dia sangat rindu pada papanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Rasidah, selain Sharifah Aylaa, kejadian menimpa suaminya itu turut memberi kesan kepada dua lagi anak mereka iaitu Syed Habib Rahman, 7, dan Sharifah Afeeya, 5.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua kanak-kanak itu telah faham situasi yang berlaku tambahan lagi melihat berita kejadian tersebut di televisyen.

“Untuk beritahu apa yang terjadi bukan mudah, saya tidak sampai hati untuk jelaskan keadaan sebenar yang kritikal. Saya cuma cakap papa mereka cedera sedikit dan doktor sedang jaga. Bila papa pulang nanti, kita jaga sama-sama.

“Untuk naikkan semangat mereka, saya tunjuk gambar suami. Alhamdulillah, mereka faham dan tidak banyak karenah apabila ditinggalkan dengan keluarga lain ketika saya berulang-alik ke hospital,” katanya.

Sementara itu, menceritakan keadaan Syed Isfan, Rasidah berkata, suaminya kini dalam keadaan stabil namun masih belum sedar lagi setelah menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI