fbpx

Juruteknik maut, van bertembung dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan van yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa Muhammad Aliff di KM 88, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun semalam.

DUNGUN – Seorang juruteknik maut selepas van dipandunya bertembung dengan sebuah lori treler di Kilometer 88, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 7.30 malam itu, mangsa, Muhammad Aliff Fakhrullah, 21, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Aliff dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Paman, Kemaman dari Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi, van dipandu mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan sebuah lori treler yang berada di laluan bertentangan.

“Impak pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu di dalam vannya yang remuk teruk,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, mayat Muhammad Aliff berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas.

Beliau berkata, mangsa lelaki itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI