fbpx

Draf keputusan penghakiman ditulis Unit Penyelidikan timbul persoalan – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah

PUTRAJAYA – Pihak pembelaan yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Rayuan di sini hari ini draf keputusan bertulis disediakan Unit Penyelidikan menimbulkan persoalan serius mengenai kebebasan kehakiman.

Peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah, 74, berkata pendedahan mengenai draf keputusan itu boleh menjejaskan integriti dan kebebasan sistem kehakiman.

“Tidak salah hakim mempunyai pegawai penyelidik, tetapi penghakiman mesti ditulis sendiri oleh hakim. Ini kerana ia mencerminkan pertimbangan dan keputusan beliau sendiri,” kata peguam ketika hujahan permohonan Rosmah untuk menyingkirkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan.

Berhujah lanjut, Jagjit berkata, tindakan menyerahkan kepada pihak ketiga iaitu pasukan Bahagian Penyelidikan untuk menyediakan alasan penghakiman sama ada dalam bentuk draf atau akhir, sama sekali tidak boleh diterima, dikesali dan sangat memudaratkan.

“Perkara ini adalah bahaya kerana boleh berlakunya berat sebelah dan ketidakadilan akibat cara permohonan itu didengar dan diputuskan oleh hakim.

Perayu tidak mendapat perbicaraan yang adil apabila hak dan kebebasan perlembagaan dilanggar dan ini menyebabkan berlakunya ketidakadilan yang serius terhadap perayu. Oleh itu, perayu memohon supaya rayuan ini dibenarkan,” katanya lagi

Ujar beliau, tidak salah hakim menggunakan pegawai penyelidik, namun keputusan mesti datang daripada hakim.

Prosiding hujahan di hadapan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan dua lagi hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin bersambung 25 Jun ini.

Sebelum ini, Rosmah mengemukakan permohonan untuk menyingkirkan hakim berkenaan, dua hari sebelum keputusan diumumkan, atas alasan penghakiman kes itu didakwa bocor.

Pada prosiding 5 Mac lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan Rosmah menangguhkan rayuan itu kerana beliau tidak sihat dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta, di sini.

Pada 1 September 2022, Hakim Mohamed Zaini mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Mahkamah juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Rosmah didakwa atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI