fbpx

Cheng Hoe ada impian besar pacu Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Cheng Hoe (kiri) diserapkan dalam projek 'revolusi' selaku Pengarah Teknikal Harimau Malaya. - Foto Malaysia NT

WALAUPUN tidak lagi berada di garisan teknikal tepi padang, bekas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kekal komited untuk membantu pasukan kebangsaan.

Selepas dilantik sebagai pengarah teknikal skuad Harimau Malaya, Cheng Hoe teruja untuk melaksanakan tugasan berbeza seperti kelaziman dengan keutamaan kini harus diberikan kepada perkembangan pasukan pada masa akan datang.

“Ia memang satu cabaran untuk saya. Kalau sebelum ini saya berada di atas padang, tetapi kali ini tugas saya (banyak) di luar padang. Saya sangat teruja dengan projek yang dijalankan oleh (Pemangku Sultan Johor) Tunku Mahkota Ismail.

“Ia memberi peluang kepada saya untuk kembali bersama pasukan Harimau Malaya, ini adalah satu projek yang mencabar untuk saya. Apapun, saya yakin Harimau Malaya akan dapat melangkah lebih jauh selepas ini,” katanya.

Misi sulungnya ketika ini memastikan segala keperluan dapat dilunaskan untuk membantu skuad Harimau Malaya bimbingan Peter Cklamovski layak beraksi di Piala Asia 2027.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI