fbpx

3,800 jemaah haji Johor ‘terbang’ ke Mekah dengan 14 penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (lima dari kiri) menyantuni jemaal bakal haji sempena Majlis Meraikan Jemaah Haji Kerajaan Negeri Johor di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

KULAI – Seramai 3,800 rakyat negeri ini bakal mengerjakan ibadah haji termasuklah 500 jemaah yang mengikuti rombongan kerajaan negeri menerusi 14 penerbangan bermula semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pihaknya akan terus berusaha untuk mendapatkan kuota tambahan bagi membolehkan lebih ramai rakyat negeri ini mengerjakan haji.

“Pada musim haji kali ini, seramai 3,800 rakyat Johor akan mengerjakan haji. Jumlah itu kekal sama dengan jumlah kuota yang diberikan pada tahun-tahun terdahulu.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Tabung Haji untuk memohon agar kuota tambahan dapat diberikan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Jemaah Haji Tahun 2025 di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini hari ini.

Hadir menyempurnakan majlis, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Tambah Mohd. Fared, pihaknya berharap pelaksanaan projek penambahbaikan di Mekah dan Madinah akan dapat meningkatkan jumlah kuota jemaah haji Malaysia dan Johor pada masa depan.

Sementara itu, Onn Hafiz ketika berucap meminta jemaah haji negeri ini untuk turut sama mendoakan kesejahteraan dan kejayaan Johor pada masa depan.

“Semua jemaah haji ini adalah insan yang terpilih daripada ratusan ribu yang berhasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Semoga semuanya beroleh haji yang mabrur dan kembali dengan sihat dan selamat,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI