fbpx

[VIDEO] Pura-pura tak tahu nilai duit, taktik nak pukau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan suspek (bertopi) memasukkan tangannya ke dalam laci tunai ketika meminta melihat kesemua wang kertas RM50.

PETALING JAYA – Seorang juruwang lelaki hampir menjadi mangsa pukau oleh dua lelaki warga asing ketika sedang bekerja di sebuah kedai aiskrim di Masjid Putra, Putrajaya.

Menerusi hantaran video di TikTok milik @Zans_leer, dia berkongsi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang merakam detik cemas tersebut, sekali gus menyifatkan ia sebagai pengalaman keduanya berdepan cubaan pukau.

“Warga asing ni datang beli aiskrim RM2. Dia kata pertama kali datang Malaysia dan pura-pura tak tahu nilai duit. Dia buka dompet, suruh saya ambil sendiri sambil tanya nilai duit merah, biru dan hijau. Dalam dompet dia tak ada not RM50 dan RM100. Jadi, dia nak tengok RM50 dengan RM100 tu warna apa.

“Saya pun tunjuk sebab fikir mungkin dia betul-betul nak tahu. Tapi tiba-tiba, dia masuk ke ruang kaunter, lepas tu bau minyak wangi dia kuat sangat sampai pening. Masa tu saya terus rasa tak sedap hati sebab baunya sama macam cubaan pukau yang pernah saya alami dulu,” ujarnya.

Katanya, suspek turut cuba memasukkan tangannya ke dalam laci tunai ketika meminta melihat kesemua wang kertas RM50 yang ada.

“Saya tepis tangan dia dan mula marah. Bila saya tunjuk CCTV (televisyen litar tertutup), dia terus gelabah dan keluar,” katanya.

Dalam hantaran sama, dia turut mengingatkan pekerja khususnya yang bertugas di kaunter pembayaran agar berwaspada jika didatangi pelanggan warga asing.

“Kalau ada warga asing minta tengok duit apa-apa pun, jangan layan. Bahaya bila mereka datang dekat dengan bau minyak wangi kuat. Itu antara taktik nak pukau,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen berkongsi pengalaman hampir sama dan mengecam tindakan warga asing terbabit.

“Geramnya, sampai masuk kaunter, tangan pun dah seluk dalam laci duit. Jahat geng ni,” kata @Ilayusoff.

“Melampau sampai masuk tempat ‘cashier’,” komen @Dextrose.

“Saya pernah kena pukau macam ni dulu… Sempat bagi RM200. Cara yang sama, konon nak tahu pasal duit,” kata seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@zans_lerr Alkisah nya begini. Ni pengalaman ke-2 jaga cashier aku nak kena pukau. Kejadian jadi dekat putrajaya, Masjid Putra. Tapi pemukau tk berjaya pukau. Foreigner lahanat ni dtg beli aiskrim, and dia cakap dia dari mana aku tktahu tk ingat. Tapi macam org arab lah. Then dia beli aiskrim berharga RM2. Dia acah” Taktahu duit sebb dia kata dia first time dtg sini. So dia bukak dompet dia tunjuk duit dia suruh aku ambik. Aku nampak ade RM2 dalam tu. Dia buat” Tanya duit merah ni berapa ringgit, duit biru ni berapa ringgit, duit hijau ni berapa ringgit. Aku jawab semua, pastu dekat dompet dia tkde rm50 and rm100. So dia nak tengok rm50 dengan rm100 tu warna apa. Then aku nak tunjuk duit tu maybe aku fikir biasalah org luar nk tahu duit negara luar. Lepas tu aku suruh dia tunggu depan kaunter tapi tetiba dia masuk dalam. Okey tkpe aku tunjuk lah duit rm50 and rm100. Bila dia datg dekat. Bau minyak wangi dia terlalu kuat, boleh buat kita pening. So yg ni aku dh tk sedap hati, sebb bau dia ni aku macam kenal masa first aku pernah nak kena pukau. Then lepas aku tunjuk tu, dia cakap dia nak tengok semua rm50 kat dalam tu. Tangan dia siap masuk dalam cashier. Aku dh start baran time tu tepis tangan dia. And hampir nk tumbuk hanat ni. Lepas tu, dari awal dia cakap dia islam sampai 4/5 kali. Ehh aku tk tanya pun kau ni islam ke kafir. Asal asyik cakap kau ni islam padahal aku tak tanya. Start situ aku baran ada marah dia. Aku tunjuk ada cctv apa semua. Terus dia takut keluar dari situ. And dia paksa aku 4/5 kali tunjuk jalan nak pergi tempat change money. Lepas tu aku halau, start dh tk layan dia. And dia blah. Pesanan untuk pekerja di luar sana tambah” Yg jaga cashier atau mana” Bahagian kepada duit. Alert dengan 2 org ni atau siapa” Sahaja. Bila ada foreigner ni mintak tengok duit tak kesah duit apa. Tolong sangat jangan layan. Terlalu bahaya dia dtg dekat dengan bau wangi yg kuat. Bole buat korang pening. Itu adalah taktik diorang nak cuba pukau korang. So hati hati semua. #foryou #alert ♬ original sound – Zans

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI