fbpx

[VIDEO] Anak 12 tahun imamkan jenazah Amiruddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirul menjadi imam solat jenazah buat bapanya, Allahyarham Amiruddin.

PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki berusia 12 tahun menjadi imam solat jenazah bapanya, Koperal Amiruddin Zabri yang terkorban dalam nahas melibatkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semalam.

Menerusi perkongsian di TikTok milik @Juejj_7007, memaparkan anak sulung kepada mangsa, Amirul Firdaus memimpin solat jenazah bapanya dengan tenang dan sebak.

“Mamateh ‘proud of you’ (bangga dengan awak) abang Amirul Firdaus. Di umur 12 tahun abang boleh imamkan jenazah abah. Insya-Allah Amir, anak lelakimu anak yang hebat. Abang Amirul boleh jaga ibu dan adik-adiknya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian video itu meraih perhatian ramai netizen yang turut menzahirkan kagum dan sebak atas tragedi yang menimpa.

“Mesti arwah seorang ayah yang hebat kerana didikannya. Buatkan seluruh rakyat Malaysia berhujan air mata. Salam takziah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” tulis @Princesssilenttiktok.

“Alhamdulillah… impian saya pun macam ini, nak anak imamkan solat jenazah saya. Insya-Allah,” komen @Gardeniszy.

“Bakti terakhir seorang anak yang soleh,” ujar @Ahmadkhair.

Semalam, Kosmo! melaporkan sembilan anggota FRU Unit 5 Ipoh maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 itu, nahas membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan sebuah trak FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu.

Antara mangsa yang maut ialah Sarjan S. Perumal, Koperal Nurit Pandak, Koperal Amiruddin Zabri, Koperal Mohd. Pozli Jaudin, Koperal Akmal Muhamad, Koperal Mohamad Hilmi Mohd. Azlan, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif dan Konstabel Akmal Wafi Annuar.- KOSMO! ONLINE

@juejj_7007 Mamateh proud of u abg amirul firdaus🥺 di umur 12tahun abg blh imamkan jenazah abah… In Shaa Allah amir anak lelakimu anak yang hebat…..abg Amirul blh jaga ibu & adik²nya😭 #fru #fruipohperak #pspunit5 #amiruddinbinzabri #alhamdulillahselesaisemuanya😢 #doaanaksolehsentiasamengiringimuamir🤲🏻 #selamatjalanamirkenegeriabadi🥺 #akakjugaakanmenyusul💞 ♬ original sound – jue@jj

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI