fbpx

Penghantar barang buang air besar depan rumah pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu membuang air besar dan kecil di halaman rumah. - KTLA

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Seorang penghantar barang mengundang kecaman ramai apabila membuang air kecil dan besar di dua halaman rumah di negeri California, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar The Independent semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 5.30 pagi (waktu tempatan) di kejiranan Woodland Hills dekat Los Angeles pada Ahad lalu. 

Situasi itu terbongkar selepas suami pemilik rumah mengambil bungkusan di halaman rumah mereka. 

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan wanita yang memakai jaket Amazon itu meletakkan bungkusan sebelum menanggalkan seluarnya dan membuang air besar lalu beredar. 

“Suami saya mahu mengambil kopi dan pastri untuk saya. Selepas keluar untuk mengambil bungkusan, dia menemui ‘bungkusan’ kedua yang menjijikkan di anak tangga,” kata Tamara Bedoy. 

Lebih mengejutkan, pekerja wanita itu turut melakukan perbuatan sama di halaman rumah lain kira-kira 36 minit selepas menghantar bungkusan mereka. 

Jurucakap Amazon kemudian tampil memohon maaf sambil menjelaskan bahawa wanita terbabit merupakan seorang kontraktor bebas dan tidak lagi bertugas dengan syarikat itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI