fbpx

Kedah jamin bekalan air bersih mencukupi sepanjang LIMA’25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Kerajaan negeri memberi jaminan pembekalan air bersih yang mencukupi sepanjang penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) pada 20 hingga 24 Mei ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, permintaan terhadap bekalan air di pulau itu dijangka meningkat sebanyak 30 peratus susulan kemasukan kira-kira 300,000 pelawat sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) mempunyai pelan kontigensi khas berhubung pembekalan air bersih pada 19 hingga 25 Mei ini.

“Pada tahun ini, bekalan air bersih yang dikendalikan SADA akan terjamin seperti mana kita memberi jaminan dan kita buktikan pada penganjuran LIMA dua tahun lepas.

“Di Langkawi ini ada 33,623 akaun dan hanya 0.10 peratus atau 32 akaun sahaja yang terjejas dan memerlukan bantuan bekalan air melalui lori tangki,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Menurutnya, antara langkah dilakukan adalah pembukaan bilik gerakan di peringkat wilayah bagi menerima aduan pengguna serta menyelaras operasi bantuan bekalan air melalui lori tangki dengan (Pusat Informasi SADA (iSADA).

“Talian hotline di iSADA akan digunakan pada kapasiti maksimum bagi memastikan setiap aduan dilayani dengan berkesan, selain notis pemakluman dan hebahan agar pengguna dapat bersedia sekiranya terdapat peningkatan penggunaan air.

“Penempatan tangki statik, tambahan lori kontrak dan libat urus dengan sasaran penting termasuk hotel, hospital, jeti dan lapangan terbang juga akan dilakukan,” ujarnya.

Tambahnya, selain itu terdapat pasukan pemantau dan penggunaan jumbo tanker bagi mempercepatkan tempoh masa penghantaran bekalan air di kawasan terjejas.

“Langkah lain adalah menerusi projek menaik taraf bekalan elektrik bagi menambah kuantiti pengabstrakan air mentah ke loji rawatan air dan pembaikan paip dasar laut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI