fbpx

Maybank buka cawangan pertama di kampus UiTM Cawangan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrin (tengah) dan Abdul Razak (tiga dari kiri) memotong riben pada Majlis Perasmian Maybank UCS Kampus Puncak Alam hari ini.

KUALA SELANGOR – Malayan Banking Berhad (Maybank) buat julung-julung kali membuka cawangan pertama di Universiti Teknologi MARA (UiTM), bertempat di UiTM Cawangan Selangor (UCS) Kampus Puncak Alam.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin berkata, pihaknya sentiasa membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bank untuk memberi perkhidmatan perbankan di UiTM.

“Program hari ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila UCS Kampus Puncak Alam menjadi lokasi pelancaran Maybank@Campus pertama di UiTM. Ia sekaligus menjadikan kampus di sini sebagai perintis yang menawarkan cawangan Maybank.

“Maybank@Campus adalah bukti komitmen berterusan UiTM bersama Maybank dalam menyokong aspirasi pendidikan negara serta memupuk literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Maybank UCS Kampus Puncak Alam di sini hari ini.

Shahrin berkata, kewujudan bank di dalam kampus mampu memperkasakan golongan muda dengan pengetahuan serta akses kepada pelbagai penyelesaian kewangan moden termasuk perbankan mudah alih, e-dompet, transaksi tanpa tunai dan khidmat nasihat kewangan digital.

Sementara itu, Pengarah Wilayah Selangor dan Negeri Sembilan Maybank Malaysia, Abd. Razak Kamardin Abdul Razak berkata, pembukaan cawangan Maybank tersebut merupakan usaha strategik pihaknya dalam memperkenalkan konsep perbankan digital menyeluruh kepada pelajar dan komuniti kampus.

“Cawangan Maybank di UCS Kampus Puncak Alam ini adalah cawangan kesembilan di dalam universiti di negara ini dan yang pertama melibatkan UiTM.

“Sebelum ini kita membuka cawangan di universiti lain antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI