fbpx

Konvoi FRU dirempuh lori batu pulang bertugas di perayaan Chitra Pournami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sembilan anggota FRU yang maut dalam rempuhan di Teluk Intan pagi tadi.

TELUK INTAN – Kejadian tragis yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pagi ini berpunca daripada rempuhan lori yang membawa muatan batu di Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam di sini pagi tadi.

Kata Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, kejadian berlaku ketika tujuh konvoi kenderaan FRU dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan perayaan Chitra Pournami di daerah Hilir Perak.

Bagaimanapun katanya, kenderaan membawa 18 anggota yang berada pada kedudukan kelima konvoi itu telah dirempuh lori membawa muatan batu.

“Tujuh kenderaan terlibat dalam konvoi itu termasuk dua buah pacuan empat roda, empat buah lori dan sebuah bas di mana kenderaan membawa mangsa yang kelima dalam barisan.

“Penugasan anggota ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) FRU di mana jika berlangsung selama tiga hari, satu hari untuk perjalanan ke lokasi, satu hari untuk bertugas, dan satu hari untuk pulang. Itu adalah protokol standard FRU,” katanya.

Sementara itu, Noor Hisam memaklumkan, sembilan anggota yang dilaporkan cedera masih menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Teluk Intan.

“Maklumat yang diperolehi setakat ini, dua daripada mereka berada di zon merah (zon kritikal) manakala tujuh lagi di zon kuning,” katanya.

Beliau berkata, bedah siasat ke atas sembilan anggota yang terkorban dilakukan bermula pukul 2.30 petang dan dijangka selesai pada 8 malam.

Katanya, sebaik proses bedah siasat selesai, jenazah akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk solat jenazah sebelum ke Markas Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5, Sungai Senam, Ipoh bagi penghormatan terakhir.

“Sebaik selesai acara penghormatan terakhir, semua jenazah akan dibawa ke kampung halaman masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI